Kumpulan Pengakap ke-21 Petra Jaya

Website Pengakap ke-21 Masa Kini Dan Selamanya!

Blog

Laporan Perkhemahan Orientasi 2009

Posted by tunaz-blackjackscout on April 3, 2009 at 10:49 AM



Pada 27 Febuari 2009 hingga 28 Febuari 2009 yang lalu, Pengakap ke 21 SMKA Tun Ahmad Zaidi telah mengadakan Perkhemahan Orientasi merangkumi perkhemahan pertama pada tahun 2009 ini. Selama 2 hari dan 1 malam tersebut, Perkhemahan Orientasi telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Walaupun ia hanya diadakan dalam tempoh yang amat singkat, tetapi telah menarik minat lagi kepada ahli-ahli baru Pengakap pada tahun 2009 dan juga ahli-ahli yang lain.

Pada pukul 3 petang, semua perserta-perserta di minta untuk mendaftarkan diri di Dewan Sekolah. Selepas itu, mesyuarat ringkas telah di sampaikan oleh Ketua Troop Pengakap ke 21 iaitu Azry Hafify tentang perkhemahan, peraturan dan lain-lain yang berkaitan dan juga telah membahagikan semua perserta kepada 6 buah patrol. Tepat Pada pukul 4.45 petang iaitu selepas habis menunaikan Solat Asar berjemaah, semua perserta lelaki di minta untuk memasang khemah sebanyak 7 khemah dan 2 khemah persendirian.

Pada malam nya pula, aktiviti di mulakan dengan ucapan dari AJK-AJK yang terlibat dalam perkhemahan tersebut. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti suai kenal. Semua perserta diminta untuk mengenalkan diri mereka. Selepas itu, malam kebudayaan berlangsung. Pelbagai persembahan seperti drama, pantun dan tepukan telah dipersembahkan oleh 6 buah patrol. Selepas itu, pelajaran dan pembelajaran serba sedikit tentang Pengakap iaitu logo di baju, persetiaan pengakap dan undang-undang pengakap. Pada pukul 2.30 pagi, perserta di minta mengemas kem masing-masing dan bersedia untuk tidur pada masa "Silent Hour" iaitu pada pukul 2.45 pagi. Selama perserta-perserta tidur Muhd Asyraf selaku "Camp Warden" telah menjaga dan memberi segala kebenaran untuk ke tandas.

Pada keesokan hari, perserta-perserta telah dikejutkan seawal 4 pagi dan perserta-perserta diminta bergegas ke Dewan Sekolah. Aktiviti "Burung Hantu" dimulakan sejurus selepas semua perserta telah menutup mata dan bersedia. Aktiviti tersebut telah berjalan dengan lancar dengan mengikut aturan-aturan yang di atur oleh pihak AJK. Aktiviti tersebut telah berjalan selama 1 jam 30 minit. Selepas sembahyang subuh, perserta-perserta telah mula diberikan mesyuarat ringkas tentang aktiviti yang akan di jalankan selepas itu, iaitu aktiviti ala jambori "base to base". Para perserta telah diberikan masa 10 minit untuk satu base. Selepas itu, ikatan tali telah di ajar oleh Facillator masing-masing. Dalam masa 1 jam kemudian, perserta telah di minta untuk berkumpul untuk mendengar kata-kata dari Ketua Troop dan terus memulakan aktiviti yang boleh digelar "Six Sense" kerana deria-deria perserta akan diuji.

Selepas habis semua aktiviti, perserta-perserta diminta untuk ke masjid untuk menunaikan Solat Zuhur dan menukar baju dengan baju Uniform Lengkap untuk Majlis Penutupan dan penyampaian Sijil serta Hadiah. Patrol Rajawali atau Patrol 1 telah dinobatkan sebagai Patrol terbaik dan Ketua Patrolnya telah menjadi Perserta Terbaik keseluruhan sepanjang perkhemahan berlangsung. Pada pukul 3.30 para perserta bersurai.

Categories: Aktiviti Pengakap

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

1 Comment

Reply Farzedi Affendi
9:06 PM on April 4, 2009 
nice camping! kpd ahli2 MT 2009

Pelayar Terbaik

Download Mozilla Firefox Now!

Click on Picture.


Founder of Scout Movement


Robert Baden Powell

ChatBox

Jumlah Pengguna Online


Undian

Jumlah Pelawat

website-hit-counters.com

Ketua Pengakap Negara


YB. Dato’ Seri  Dr. Haji Shafie bin Mohd. Salleh

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara


Y. Bhg. Dato' Haji Kaharudin bin Momin

Masa Solat