Kumpulan Pengakap ke-21 Petra Jaya

Website Pengakap ke-21 Masa Kini dan Selamanya ~

Uniform Pengakap

Ini antara barang-barang yang digunakan dalam Pengakap:

  • Skaf berjalur kecil
  • Woggle 
  • Lencana Petra Jaya,  21 dan Sarawak ( Di jahit di sebelah lengan kanan Uniform )
  • Nama Patrol ( Di jahit di sebelah lengan kiri Uniform)
  • Lencana Bendera Malaysia ( Di jahit di sebelah kanan kocek )
  • Seluar Slack Berwarna Biru
  • Forage Cap ( Tidak Wajib )
  • Tali Pinggang atau Bronze Belt ( Tidak Wajib )

 

Note : Skaf berjalur besar hanya untuk PENGAKAP KELANA sahaja

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya,

Saya berjanji dan bersetia,

Yang saya,

Dengan seberapa daya upaya saya,

Akan,

Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara,

Menolong orang pada setiap masa,

Menurut undang-undang pengakap.

Undang-undang Pengakap

  • Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya
  • Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang dibawahnya
  • Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa
  • Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun
  • Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi
  • Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan
  • Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan
  • Pengakap itu jimat dan cermat
  • Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya

Lencana

Senarai Guru Penilai untuk Lencana Kepandaian

Lencana
Guru Penilai
Kategori
Ahli Sukan
Cg Amran bin Abang
Kegemaran
Juru Perpustakaan
Kak Zurini
Kegemaran
Ahli Koleksi Hobi
Cg Zurainee bt Rasli
Kegemaran
Ahli Pelukis
Cg Zurainee binti RasliKegemaran
Ahli Muzik
Cg Zurainee binti Raslikegemaran
Peladang Muda
Cg Maznah binti Seman
Kegemaran
Ahli Pertahanan Diri
Cg Mortadza bin Matrang
Kegemaran
Pemelihara
Cg Maznah binti Seman
Perkhidmatan
Ahli Pertolongan Cemas
Cg Junainah binti Julaihi
Perkhidmatan
Ahli Mekanik
Cg Dariah binti SebliPengetahuan
Juru Elektronik
Cg Dariah binti Sebli
Pengetahuan
Tukang Masak
Cg Rohida binti Taib
Pengetahuan
Ahli Penukang
Cg Rohida binti Taib Pengetahuan
Ahli Komputer
Cg Bong Tien Onn
Pengetahuan

 

Cadangan Program Latihan

Cadangan Program Latihan Secara Progressif

Untuk Pengakap Muda dan Remaja

Peringkat Lencana Kemajuan Lencana Kegemaran
Lencana Pengetahuan
Lencana PerkhidmatanLain-lain Kursus
Tingkatan Satu
Lencana Usaha
2



Tingkatan Dua
Lencana Maju

3
3

Tingkatan Tiga
Lencana Jaya



Kursus Ketua Patrol
Tingkatan Empat
Lencana Tertinggi



Perkhemahan Mengembara
Tingkatan Lima
 


Pentarafan Pengakap Raja

Takwim Aktiviti 2009

TarikhAktivitiTindakan
01|04|09

:: Asas Kawad [ 15 minit ]

:: Asas pertolongan cemas [ 30 minit ]

:: Scout's songs [ 30 minit ]

:: KP dan PKP

:: AJK Tingkatan 5

:: Biro Aktiviti

08|04|09

:: Kraftangan dan Plaster cast [ 45 minit ]

:: Mendirikan khemah; camping standard [ 30 minit ]

:: Info pengakap & tepuk [ 15 minit ]

:: Biro Aktiviti

:: KP dan PKP

:: AJK Tingkatan 5

15|04|09

:: Istiadat bendera [ 30 minit ]

:: Sukaneka pengakap [ 60 minit ]

:: Biro Aktiviti

:: AJK Tingkatan 5

22|04|09

:: Semak buku log [ 15 minit ]

:: Orienteering [ 45 minit ]

:: Refleksi [ 15 minit ]

:: Biro Aktviti dan KP

:: AJK Tingkatan 5

:: Ketua Troop

28|04|09

:: Pengumuman patrol terbaik bulanan

:: Simpulan; keahlian & lencana usaha [ 80 minit ]

:: AJK Tingkatan 5

06|05|09

:: Pioneering [ 45 minit ]

:: Scoutlympics [ 30 minit ]

:: Biro Aktiviti

:: AJK Tingkatan 5

13|05|09

:: Pengumuman patrol terbaik bulanan

:: Semak buku log [ 15 minit ]

:: Backwood - cooking [ 75 minit ]

:: Refleksi [ 15 minit ]

:: Biro Aktiviti dan KP

:: Ketua Troop

:: AJK Tingkatan 5

17|06|09:: Kim Games

:: AJK Tingkatan 5

24|06|09

:: Kemaskini buku log & lencana [ 60 minit ]

:: Scout's games [ 30 minit ]

:: AJK Tingkatan 5

01|07|09

:: Simpulan; Lencana Maju dan Jaya [ 60 minit ]

:: Scout's Songs [ 30 minit ]

:: AJK Tingkatan 5

08|07|09:: Istiadat Pengiktirafan
:: AJK Tingkatan 5
15|07|09:: Persiapan Hari Ko-Kokurikulum [ banner, pakaian, dll ] :: AJK Tingkatan 5
22|07|09:: Pioneering; menara [ 90 minit ]
:: AJK Tingkatan 5
29|07|09:: Penyerahan Kuasa
:: AJK Tingkatan 4

Tugas dan Peranan Ketua Patrol


  1. Menentukan supaya semua ahli mematuhi dasar dan prinsip Pengakap. 
  2. Merangka program latihan / ujian mengikut skima latihan Pengakap Malaysia.
  3. Merangka program menambah kewangan pasukan.
  4. Merangka pembelian alatan / bahan untuk latihan & ujian.
  5.  Menyertai Program anjuran Pengakap Daerah,Negeri,Negara.
  6. Pengurusan soal-soal disiplin ahli.
  7. Mewujudkan hubungan baik dengan Pengakap Daerah dan Kumpulan Pengakap yang lain.
  8. Semua keputusan dibuat dalam mesyuarat Majlis Ketua-ketua Patrol.
  9. Minit mesyuarat disimpan oleh Setiausaha.
  10. Akaun pasukan diuruskan oleh Bendahari.
  11. Semua peralatan kepunyaan Pasukan dikawal oleh Kuartermaster.
  12. Menguruskan pendaftaran tahunan (pendaftaran keahlian)

Logo Pengakap Dunia

Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara. 

Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. 

Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. 

Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. 

Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia. 

Warna putih-kesucian dan kebersihan.

Logo Pengakap Malaysia

Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja. 

Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. 

Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. 

Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam. 

Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. 

Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

Serba sedikit tentang Sejarah Pengakap

  • Nama pengasas pengakap adalah Lord Baden Powell atau dikenali sebagai BP
  • Pengakap telah wujud di Malaysia pada tahun 1910. Pasukan Pengakap pertama ditubuhkan di Singapura oleh rakyat Inggeris bernama Frank Cooper Sands. Sejak itu Pengakap berkembang ke Tanah Semenanjung Malaysia.
  • Pada tahun 1931 Perkhemahan Kelana Sedunia atau World Rover Scout Moot telah diadakan di Kandersteg, Switzerland. Perkhemahan ini telah dihadiri oleh 3000 ahli Pengakap Kelana Sedunia

Tepukan Pengakap

Antara Tepukan Pengakap adalah:

  • Tepuk Pengakap
  • Tepuk Apache
  • Tepuk Buah
  • Tepuk Chika Puka
  • Tepuk Guerrila
  • Tepuk 10 Best 10 Good
  • Tepuk Gurindam
  • Tepuk Pandu Puteri
  • Tepuk Penyu Putih

 

Lagu Pengakap

Yepi, Yey, Yey, Yey

Yepi, Yey, Yey, Yey

Yepi, Yey, Yey, Yey

Saya pilih pengakap saja

Siang jadi kenangan 

Malam Jadi Impian

Cintaku Semakin Mendalam

 

 Lagu Undang-Undang

Dipercayai taat berguna

Bersahabat berbudi

Kasihkan binatang menurut perintah

Tabah hati berjimat, suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan

 

Kalau Rasa Gembira

Kalau rasa gembira, tepuk tangan,

Kalau rasa gembira tepuk tangan,

Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, tepuk tangan,

Kalau rasa gembira, petik jari,

Kalau rasa gembira, petik jari,

Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, petik jari,

Kalau rasa gembira, cubit peha,

Kalau rasa gembira, cubit peha,

Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, cubit peha,

Kalau rasa gembira, hentak kaki,

Kalau rasa gembira, hentak kaki,

Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, hentak kaki,

Kalau rasa gembira, kata horey,

Kalau rasa gembira, kata horey,

Kalau rasa gembira begini la caranya,

Kalau rasa gembira, kata horey.

 

Selamat Jumpa

Selamat jumpa, Selamat jumpa,

Selamat jumpa kawanku,

Apa khabar, Apa khabar, Apa khabar kawanku,

Senang Hey, Riang Hey

Hura, Hure, Hiro

Enak, Enak, Enak Hey, Enak, Enak, Enak Hey,

Hura, Hure, Hiro

 

Di sini kita berkumpul

Di sini kita berkumpul,
Di sini kita berkumpul,
Salam, salam, salam, salam, salam, hoi..
Here we're, here we're, here we're, here we're,
Here we're, here we're, here we're, here we're,
 Hello, hello, hello, hello, hello, hoi..
Cai ceni, cai ceni, wama chai cehe ni,
Cai ceni, cai ceni, wama chai cehe ni,
Auma, auma, auma, auma, auma hoi..
Engapo, engapo, engapo, ring ghe,
Engapa, engapo, engapo, ring ghe,
Manikam, manikam, manikam, manikam, manikam, hoi..
Saya dari Malaysia suka hati,
Saya dari Malaysia suka hati,
Suka,suka, suka, suka, suka hati,
Saya dari Kuala Lumpur suka hati,
Saya dari Kuala Lumpur suka hati, 
Suka,suka, suka, suka, suka hati,
 
Di sini senang, di sana senang
Di sini senang, di sana senang
Di mana-mana hatiku senang,
Di sini senang, di sana senang,
Di mana-mana hatiku senang,
Saudara, Saudari,
La..la..la..la..la..la..la.....
Saudara, Saudari,
La..la..la..la..la..la..la.....

Selamat Datang

Pelayar Terbaik

Download Mozilla Firefox Now!

Click on Picture.


Founder of Scout Movement


Robert Baden Powell

ChatBox

Jumlah Pengguna Online


Undian

Jumlah Pelawat

website-hit-counters.com

Ketua Pengakap Negara


YB. Dato’ Seri  Dr. Haji Shafie bin Mohd. Salleh

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara


Y. Bhg. Dato' Haji Kaharudin bin Momin

Masa Solat